Friday, April 13, 2012

TAMADUN ISLAM


Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.Istilah Dunia Islam mempunyai beberapa makna. Dari segi budaya ia merujuk kepada komuniti Muslim sedunia, pengikut ajaran Islam. Komuniti ini berjumlah kira-kira 1.3-1.4 bilion orang, atau satu perlima dari penduduk dunia. Komuniti ini tersebar luas di banyak negara dan kumpulan etnik yang cuma dihubungkan dengan agama. Dari segisejarah atau geopolitik pula, istilah ini biasanya merujuk kepada kumpulan negara majoriti Muslim atau negara yang Islam menonjol dalam politiknya.


 
KONSEP TAMADUN ISLAM
            
 Secara umumnya tamadun Islam boleh dilihat daripada pengertiannya dari segi bahasa danistilah antaranya :

Bahasa Arab : ‘madaniyyah’, ‘tamaddun’ dan ‘hadharah’. 

Ibn Khaldun : ‘umran’ yg digunakan dlm kajian tentang bandar-bandar & ibu kota yg meliputi kws tanah yang didiami dan petempatan, tanah yang subur dan maju. Hadharah : daerah, kota, bandar, kampung @ tanah yg. diusahakan. 

Dlm bhs Arab moden : tamaddun : memiliki ciri-ciri hidup bandar.

Dr sudut terminologi Inggeris & Latin : civilization: tamadun manusia yg berkaitan dgn kemajuan jati diri manusia dlm membangunkan kehidupan di pelbagai peringkat. 

Pandangan sarjana Islam :

1.  Ibn Khaldun : “pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluanasasi kehidupan sehingga dpt membuka jalan ke arah pemikiran & penghasilan daya cipta yang lebih halus & mempunyai nilai-nilai seni”.

2. Ali Syariati : merangkumi seluruh kehidupan mental & spiritual umat manusia. Malik Bennabi : merupakan suatu bentuk kehidupan manusia yang dapat mempergunakan unsur-unsuralam material dengan sebaik-baiknya utk memudahkan kehidupan di dunia dengan mengambil nilai-nilai kerohanian sebagai dasar perjuangan. 

3. Syed Muhammad Naquib Al-Attas :”keadaan kehidupan insan bermasyarakat yg telah mencapai taraf kehalusan tatasusila & kebudayaan yang
luhur bg seluruh masyarakat” 

ETIKA JIHAD

 
1. Etika jihad dalam peperangan dari segi perspektif Islam 


Di dalam al-Quran, kalimah al-Jihad atau Jihad fi sabilillah yang merujuk kepada erti peperangan mencapai 26 kali penggunaan. Mengikut Kamus Dewan Bahasa, istilah perang atau peperangan bererti perkelahian (pertempuran)dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri.
Islam melarang perbuatan membunuh atau menyerang orang-orang yang tercedera, atau yang telah meletakkan senjatanya, paderi-paderi, orang-orang agama, ataupun memusnahkan gereja-gereja serta tempat-tempat ibadat.

Islam melarang tindakan-tindakan pemusnahan dalam peperangan, sedangkanundang-udang antarabangsa moden sekaran ini mengharuskan pemusnahan jalan-jalan raya, jambatan-jambatan dan apa saja kemudahan-kemudahan yang mungkin dapat digunakan oleh musuh dalam peperangan. 

Abu Bakar Al-Siddiq, dalam nasihat beliau kepada seorang pemimpin tentera Islam berkata:
 “Saya memperingati kamu dengan 10 perkara: Jangan membunuh perempuan, kanak-kanak, orang-orang tuan dan orang luka, jagan menebang pokok buah-buahan, pokok-pokok kurma dan jagan merobohkan bangunan. Jangan menyebelih kambing-kambing atau lembu-lembu. Jangan penangkut dan jangan berkhianat”.


2. Etika jihad dalam  menuntut ilmu


Selain berjihad di medan perang, umat Islam juga disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Apa ertinya kemenangan di medan perang sekiranya kemenangan itu tidak diisi dengan masyarakat berilmu. Sudah pasti suatu hari nanti umat Islam akan dijajah semula dalam bentuk lain seperti bidang sains teknologi, kedoktoran, ketenteraan dan sebagainya.

 Hal ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah SWT surah at-Taubah ayat 122 yang bermaksud, “Tiada patut orang yang beriman keluar semuanya ke medan perang. Mengapakah tiada keluar sebahagian di antara tiap-tiap golongan mereka, supaya mereka yang tinggal memahami agama dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya, mudah-mudahan mereka itu waspada.”

Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada ilmu fardu ain seperti fikah, tauhid atau ilmu fardu kifayah seperti sains, perubatan dan sebagainya. Ini bertujuan supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajarinya. Sebagai contoh, ilmu perubatan menjadi wajib kepada umat Islam mempelajarinya sekiranya tidak terdapat doktor Muslim yang dapat merawat pesakit Islam.


3. Etika jihad dalam ilmu dan jihad perniagaan. 

Jihad bagi umat Melayu ialah mengangkat martabat dan ada daya juang mempertahankannya. Semangat jihad penting pada setiap orang Melayu dalam pengertian memiliki jiwa untuk terus berubah memperteguhkan asas tradisi yang baik dan mengatur strategi bijaksana bagi memperkasa kekuatan umat dalam semua lapangan.

Islam sebagai cara hidup tidak saja memerlukan umatnya hebat dari segi akidah dan akhlak tetapi memahami ilmu Islam dan ilmu berbanding dengan baik. Ia tidak saja teguh dengan kepentingan fardu ain tetapi memiliki keahlian menguasai ilmu fardu kifayah. 

Kelebihan yang ada pada penggiat perniagaan umat Melayu dan umat Islam ialah peluang terbuka luas untuk meningkat. Jihad perniagaan harus mampu mengunjurkan bahawa bidang perniagaan tidak hanya terbatas dalam negara saja tetapi peluang terbuka di luar Malaysia harus dijadikan sasaran.

Kebangkitan negara China sebagai sebuah kuasa besar dalam tahun mendatang memberikan dimensi baru kepada penggiat perniagaan di Malaysia. Harus ada tekad yang tinggi di kalangan tokoh dan penggiat perniagaan umat Melayu mewujudkan peluang supaya perkembangan ekonomi di negara itu boleh dimanfaatkan secara bijaksana dengan mewujudkan jaringan dan hubungan strategik yang memungkinkan penyertaan aktif berlaku.

Dalam bidang ilmu pengetahuan terdapat petanda anak Melayu sedang menyertai pelbagai bidang ilmu pengetahuan di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara. Potensi cemerlang di kalangan mereka harus dikenal pasti dan dipantau supaya memajukan potensi mereka secara susulan hingga ke tahap pakar menjadi suatu keutamaan. Modal insan seperti ini harus diperbanyakkan supaya sumbangan dan kajiannya dapat menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan Malaysia.

Usaha ini berkait rapat dengan jihad perniagaan supaya modal insan dilahirkan ada ruang untuk terbabit dalam arus perdana ekonomi negara. Umat Melayu yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan, seharusnya membina ahli perniagaan pelapis yang ada potensi untuk maju dan memajukan yang lain.