Thursday, April 12, 2012

Sambungan...Jihad dalam menentang hawa nafsu

1. Jihad mencari petunjuk dan agama yang benar
Ini adalah titik tolak tindakan jihad. Jika tidak bertolak dari titik permulaan ini akan mendedahkan diri kepada kesesatan.

Allah swt sebagai pencipta telah sediakan jalan atau manhajnya dibentang dalam kitabsucinya , dijelaskan oleh sunnah (perjalanan dan amalan) Rasulnya dan para sahabat.
Perlu ikuti manhaj Allah swt. kerana manhaj inilah satu-satunya jalan yang selamat dan sihat ; jauh daripada pelbagai masalah dan penyakit.

Mereka yang berjihad menurut khayalan atau aqal fikiran , walau bagaimana baik sekali pun niat mereka , mereka tetap tergolong dam golongan yang sesat dari jalan Allah yang lurus.
Allah swt tidak menerima ibadah sesiapa jua yang tidak menurut syariatnya.

Saripati ilmu ialah yang mengajar ketaatan kepada Allah, yang membuahkan maarifatullah, yang mematuhi perintah dan larangan Allah. Seterusnya membawa kepada makin kenal Allah dan dekat dengan Allah swt.

2. Berjihad di bidang amal dan bertanggungjawab dengan apa yang dipelajari

Hanya mengenal jalan tidak membawa apa-apa faedah kepada sesiapa pun jika tidak melaluinya. Malahan akan membawa bencana kepada yang empunya diri kerana dengan ilmu itu akan menjadi hujah ke atas dirinya disisi Allah swt kelak.
Kata ulama’ “ Seandainya ilmu itu ada kemuliaannya tanpa taqwa nescaya jadilah iblis itu semulia-mulia makhluk .”

Kata Ibn Tamiyyah riwayat Abdul Rahman As Salami :

Bahawa Othman ibn Affan dan Abdullah Ibn Masood dan para sahabat tidak melangkau bacaan Al Quran sebelum dapat membaca sepuluh ayat, kemudian menghafal, memahami dan melaksanakannya. Para sahabat berkata, “ Kami mempelajari kedua-duanya sekali iaitu ilmu dan amal”

3. Berjihad di bidang dakwah untuk menyebar apa yang telah dipelajari.

Jika tidak laksanakan kerja dakwah dikhuatiri termasuk dalam kalangan mereka yang mrenyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah swt. Menyembunyikan petunjuk dan keterangan – keterangan yang nyata.Golongan ini dimurkai Allah .

Surah Ali ‘Imran :187

Dan (Ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu), “Hendaklah kamu benar-benar menerangkannya (isi kitab itu) kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya,” lalu mereka melemparkan (janji itu) ke belakang punggung mereka dan menjualnya dengan harga murah. Maka itu seburuk-buruk jual beli yang mereka lakukan.

Ini adalah sepenting-penting jihad kerana realiti kini apabila hukum Allah dikesampingkan dan kemungkaran pula bermaharaja lela. Ketiadaan jihad menyebar kebenaran membuka jalan kepada seteru Allah dan seteru-seteru kebajikan yang terdiri daripada syaitan, manusia dan jin yang sentiasa berusaha mrenyebarkan kebatilan.

4. Berjihad menanggung sabar dan kesulitan berdakwah.
 

Kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah pasti berhadapan dengan halangan dan rintangan daripada orang ramai yang berusaha bagi menjaga kepentingan duniawi mereka. Perlu kesabaran yang tinggi agar tidak terperangkap dalam perasaan kecewa dan kekalahan yang membawa kepada cuai dan lari dari tugas-tugas dakwah dan tarbiyyah.

No comments:

Post a Comment