Wednesday, March 28, 2012

PENGERTIAN JIHAD

Dari segi bahasa 
– Perkataan jihad  berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga iaitu bersungguh-sungguh  mengumpul semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya)
Oleh hal demikian, jihad itu ialah menghabiskan usaha tenaga untuk mencapai apa yang dicita atau menolak sesuatu yang tidak diingini, iaitu menerima kebaikan dan menolak keburukan atau mendapat manfaat dan mencegah bencana  menerusi apa-apa cara yang difikirkan wajar dan elok, dalam apa bidang sekalipun, sama ada dalam masa aman atau perang, tidak semestinya dengan berperang atau mengangkat senjata.



Dari segi istilah 
– Para fukaha bersepakat iaitu peperangan dan membantu semua persiapan perang. 
Oleh itu dalam erti kata yang luas jihad boleh didefinisikan sebagai berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan meninggikan kalimah Allah.




Terdapat beberapa pandangan mazhab yang empat berhubung pentakrifan jihad antaranya ialah:

  1. Hanafi

Ulama mazhab Hanafi iaitu Ibnu Hamman mendefinisikan jihad sebagai mengajak orang kafir memeluk Islam dan memeranginya jika menolak. Manakala al-Kasani iaitu mengerah segenap kemampuan dan tenaga dengan melakukan perang fi sabilillah baik dengan diri, harta dan lidah.


    2.   Maliki

Mazhab Maliki pula berpendapat jihad adalah orang-orang Muslim ang memerangi orang kafir yang tidak terikat dalam perjanjian damai demi menegakkan ajaran agama Allah.


    3.   Shafie

Menurut al-Bajuri jihad adalah berperang di jalan Allah. Seorang lagi ulama Shafie iaitu Ibnu Hajar mentakrifkan sebagai mengerah segenap kemampuan untuk memerangi orang kafir.


    4.   Hanbali

Mereka berpendapat jihad adalah memerangi orang kafir atau mengerah segenap kemampuan untuk memerangi orang kafir. Hukum terhadap amalan jihad adalah fardu kifayah. Menurut Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayatul Mujtahid jihad adalah fardu kifayah dan bukan wajib. Namun demikian dalam keadaan tertentu hukum fardu kifayah bertukar menjadi wajib apabila diserang oleh pihak musuh. 



No comments:

Post a Comment