Saturday, March 24, 2012

HADHARAH: KONSEPNYA DALAM ISLAM


Konsep "hadharah" (tamadun) di dalam Islam amat berbeza dengan konsep tamadun barat, walaupun terdapat beberapa aspek persamaan tentang pentingnya memakmur dan memajukan
(mentamadunkan) bumi ini. Perkara utama yang patut diketahui ialah matlamat kewujudan manusia menurut pandangan Islam sebelum kita membincang dan memperincikan kandungan "hadharah" yang hendak dicapai. Islam secara jelas telahpun menetapkan matlamat penciptaan manusia sebagaimana yang dipaparkan oleh al-Quran di dalam maksud ayat-ayat berikut;

1. "Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." - (Adz-Dzaariyaat: 56)

2."Sesungguhnya Kami telah aturkan cara menciptakan manusia; bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat."
(al-lnsaan: 2)

Dan Firman-Nya lagi, makksudnya: "Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta
menghendaki kamu memakmurkannya," (Hud: 61)

Seterusnya:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi," ( al-Baqarah: 30)

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allah J'ualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)." ( al-Mulk: 15)

"Dan la memudahkan untuk (faedah dan kegunaa kamu, segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya," (al-Jathiah: 13)

"Dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa nanti," (al-Baqarah: 36)

Daripada himpunan ayat-ayat tersebut dan ayat-ayat lain seumpama dengannya kita dapat faham, bahawa manusia dicipta khusus untuk beribadat kepada Allah sekaligus untuk menjadi khalifah Allah di bumi. Dia juga dicipta untuk diuji dan untuk menikmati sebahagian daripada nikmat kesenangan kehidupan dunia. Manusia juga diciptakan untuk memakmurkan (membina tamadun) muka bumi dengan berusaha di seluruh pelusuknya dan menikmati makanan daripada rezeki Allah dan berusaha untuk mencapai kemudahan-kemudahan yang ada di langit dan di bumi.

Matlamat-matlamat ini tidak terdapat pertentangan antara satu sama lain, malah kesemuanya bersepakat dengan berkonsepkan beribadat kepada Allah pada akhirnya. Allah SWT mencipta manusia supaya mereka menikmati kemudahan alam, menguasai, mewujud, membina dan memakmurkan bumi ini. Allah tahu bahawa tugas ini memerlukan sekumpulan pendorong yang kuat dalam diri manusia untuk melakukan kegiatannya agar ia tidak dihalang oleh laut, sungai, gunung-ganang, udara sejuk, udara panas atau penyakit-penyakit, tetapi Allah juga tahu bahawa pendorong-pendorong ini (katakanlah nafsu syahwat) tidak sesuai untuk memenuhi keperluan manusia bagi jangka panjang kerana nafsu itu suatu ketika nanti akan memusnahkan manusia, bukan menolongnya untuk melaksanakan tugas itu ... lantas Allah menetapkan beberapa garis panduan
tertentu untuk manusia bersenang lenang.

"ltulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya." (Surah al-Baqarah: 187)

Ujian kepada manusia ialah samada ia akan menyahut seruan rabbani lalu patuh kepada aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam mencapai kesenangan atau melampaui aturan-aturan itu kerana inginkan nikmat kesenangan yang lebih. Demikian juga Allah menjadikan perkataan "ibadat" yang menjadi sebab manusia dijadikan dalam bentuk al-Hasr (kepungan) yang dinyatakan dalam ayat mulia dengan didahului oleh nafi dan istithna' (pengecualian):

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan )in dan manusia melainkan unhik mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (Surah al-Zariyat: 56)

Nafi dan istithna' (pengecualian) adalah alat al-Hasr yang paling kuat dalam bahasa Arab. Seterusnya Allah mentakdirkan bahawa sesiapa yang melaksanakan ibadat ini - dengan; pengertiannya yang syumul - maka baginya balasan syurga, dia kekal di dalamnya. Sebaliknya sesiapa yang berpaling dan ingkar dan mengikut hawa nafsunya, maka baginya neraka jahanam dan dia kekal di dalamnya buat selama-lamanya. ltulah kisah manusia daripada awal hingga akhir, segala sesuatu di dalam kehidupannya telahpun ditetapkan semenjak
umur taklif sehinggalah dia menernui Allah..

Demikian juga telah ditetapkan konsep "tamadun" yang wajib ia berusaha menegakkannya. Hadharah ini bukan setakat memakmurkan bumi dari segi kebendaan sahaja - walaupun kebendaan termasuk dalam hadharah - tetapi konsep sebenar hadharah ialah: memakmurkan bumi mengikut manhaj rabbani. Ketika itulah sahaja hadharah akan mencapai maksud sebenar kewujudan manusia, kerana ia termasuk dalam konsep ibadat yang luas seperti yang dinyatakan oleh ayat yang mulia:

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah unhik Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu
bagiNya.." (al-An'aam: 162-163)

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam." (Ali lmraan: 19)

Dan Firmannya lagi: “Dan sesiapa yang mencari agama selain dari Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. (Alli ‘Imran:85)

Dari ayat-ayat di atas kita dapat pengertian bahawa: agama ini adalah hadharah dan hadharah ialah Islam.
Perkara inilah yang difahami oleh umat Islam, dan bertolak dari kefahaman ini mereka telah membina Hadharah yang paling menakjubkan dalam sejarah kemanusiaan iaitu satu tamadun yang membebaskan manusia daripada perhambaan kepada selain daripada Allah, daripada jahil dan khurafat, daripada sifat individu dan ingin menguasai, daripada menjadi hamba kepada nafsu syahwat, daripada kezaliman dalam segala bentuk: politik, ekonomi dan kemasyarakatan…kezaliman keatas diri sendiri dan orang lain.
Tamadun inilah yang telah membebaskan manusia dari hamba abdi serta mengangkat martabatnya ke martabat yang selayaknya sebagai seorang manusia. Oleh itu neraca tamadun ialah agama, iaitu Islam! Kerana
agama inilah yang telah menetapkan matlamat kewujudan manusia dan seterusnya menetapkan kegiatan yang boleh dicapai dengan cara yang paling baik…itulah hadharah yang sebenar dan yang layak bagi manusia...
Mengapakah setengah "orang Islam" memalingkan muka mereka, hati mereka dan pemikiran mereka daripada tamadun yang sebenar dan neraca yang sebenar ini, lantas mereka mengambil neraca cacat yang telahpun menguji Eropah sebelum ini kerana suasana-suasana khusus yang berlaku di sana?
Supaya kita boleh berbaik sangka dengan mereka, kita ingin berkata bahawa realiti orang Islam hari ini adalah amat buruk sekali. Realiti inilah yang menyebabkan golongan ini berpaling daripada konsep yang betul tentang hadharah lalu mengambil neraca Eropah, sambil membuat tuduhan liar bahawa agama merupakan batu penghalang kepada tamadun, dan seterusnya menyeru supaya agama dibuang atau dipinggirkan bagi mencapai
kemajuan hidup.

No comments:

Post a Comment