Wednesday, March 28, 2012

KONSEP JIHAD

Konsep Jihad dalam Islam Md Zawawi Abu Bakar, jihad adalah suatu istilah yang begitu sinonim dikaitkan dengan masyarakat dan agama Islam. Amalan itu sering dikaitkan sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air. Justeru, perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah SWT dan agama Islam adalah syahid. Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak pengertian. Antaranya: jihad melawan nafsu, menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ia boleh dilakukan melalui pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal, tenaga bahkan buah fikiran juga termasuk dalam sumbangan jihad.

Perjuangan dan pengorbanan pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan dan amal makruf nahi mungkar juga adalah tergolong dalam kategori-kategori yang menunjukkan pengorbanan atau jihad fi sabilillah. Cumanya taraf atau darjat tinggi rendah pahala jihad bergantung sebesar mana pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam. Oleh itu, konsep jihad perlulah difahami agar masyarakat tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang mengambil kesempatan dia atas jihad palsu mereka. 

No comments:

Post a Comment