Sunday, March 25, 2012

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Arab Jahiliah
Penduduk Arab sebelum Islam menganut pelbagai kepercayaan dan agama. Agama yang dianut terdiri daripada agama samawi, iaitu Kristian dan Yahudi, ajaran Nabi Isa dan Musa (a.s.) serta agama hanif (ajaran Nabi Ibrahim (a.s.), manakala kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan adalah seperti menyembah berhala, api, matahari dan sebagainya yang dipanggil sebagai amalan Jahiliah.Perkataan "Jahiliah" dari segi etimologinya berasal daripada kata kerja bahasa Arab "jahila" yang bermaksud jahil, bodoh dan tidak berilmu pengetahuan. Dari segi terminologinya, jahiliah merujuk kepada kejahilan masyarakat Arab sebelum Islam dalam bidang akhlak dan keagamaan kerana dalam bidang-bidang lainmereka telah pun maju seperti pemiagaan, binaan, kesusasteraan pertanian dan sastera.
Tamadun manusia yang tertua di dunia dapat dikesan dan ia lahir di lembahTigris-Euphrates, Iraq kira-kira 5000 tahun yang silam. Selain tamadun Islam,tidak dapat dipastikan titik permulaan dan peralihan sesuatu tamadun secara tepat malah tidak jelas asal-usulnya. Tamadun Islam, bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t. melalui malaikat Jibrail (a.s.) pada bulan Ramadan tahun 610 Masehi, ketika baginda berusia 40 tahun. Ketika baginda dilahirkan, Semenanjung Arab berjiran dengan tamadun-tamadun terkemuka dalam sejarah, iaitu tamadun Greek dan Byzantin di sebelah utara, tamadun Iran (Parsi) di sebelah timur, tamadun India di sebelah tenggara, dan tamadun Aramaik-Hebrew dan Aryan di sebelah barat laut. Perkembangan tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu zaman Rasulullah dan al-Khulafa al-Rashidin (610 M - 660 M), zaman Bani Umaiyah (660 M - 750 M), zaman Bani Abbasiyah (750 M - 1261M), zaman Bani Mughuliyah (Monggols) dan zaman Bani Uthmaniah (1261 M -1924 M). Kekuatan pengaruh tamadun Islam turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan seterusnya perluasannya hingga ke Kepulauan Melayu.

Zaman Rasulullah S.A.W dan sahabat
Zaman Rasulullah S.A.W. dan al-Khulafa' al-Rashidin (r.a.) merupakan zaman model tamadun Islam. Pada prinsipnya tamadun Islam selepas zaman awal Islamdicorakkan berdasarkan zaman model ini.Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada 12 Rabi' al-Awwal tahun Gajah, bersamaan20 April tahun 571 Masehi dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yang jujur dan amanah menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin (yang jujur) di kalangan masyarakat pada ketika itu. Pada 17 Ramadan bersamaan 6Ogos tahun 610 Masehi baginda mendapat wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t., sekali gus rasmilah pelantikan Baginda sebagai Rasul Allah.

Selama 13 tahun berikutnya Baginda menjalankan dakwah di Makkah yangbertemakan tauhid, iaitu mengesakan Allah s.w.t. dan menentang segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul. Pada tahun 622 Masehi baginda diperintahkan supaya berhijrah ke Yathrib kerana menghadapi tentangan yang hebat dari segi fizikal dan kejiwaan daripada orang kafir Quraisy. Mulai dari penghijrahan ini Yathrib dikenali sebagai Madinah al-Nabi (bandar nabi).  Di Madinah, usaha-usaha dakwah Rasulullah secara kasarnya tertumpu kepada:-
1. Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.
2. Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam.

Bagi melaksanakan usaha-usaha ini:

a - Beberapa perjanjian telah diadakan
1.      Perjanjian Aqabah I (antara isinya orang Madinah berikrar tidak akan mensyirikkan Allah s.w.t, mencuri,  berzina, membunuh anak dan menolak perbuatan baik)
2.      Perjanjian Aqabah II (mempersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar)

b - Meletakkan prinsip dan dasar pemerintahan Islam iaitu pembentukan Piagam Madinah (Sahifat al-Madinah) yang mengandungi 47 fasal yang menekankan konsep taqwa dan kesatuan.

Setelah Rasulullah S.A.W. wafat pada tahun 632 Masehi bermulalah kerajaanyang dipimpin oleh Sahabat-sahabat Nabi yang dikenali sebagai al-Khulafa' al-Rashidin. Zaman ini diwakili oleh empat orang Khalifah, iaitu:

1. Khalifah Abu Bakr al-Siddiq - 632 Masehi (r.a)
2. Khalifah 'Umar ibn al-Khattab - 634 Masehi (r.a)
3. Khalifah 'Uthman ibn al-'Affan - 444 Masehi (r.a)
4. Khalifah 'Ali ibn Abi Talib - 655 Masehi (k.w)

Zaman ini menyaksikan keempat-empat Khalifah (r.a.) meneruskan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah dan meletakkan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai rujukan dan asas dalam menjalankan pemerintahan.
Pada masa pemerintahan Abu Bakr al-Siddiq, beliau telah berjaya mewujudkan keamanan dengan menumpaskan golongan yang enggan membayar zakat dan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai nabi selepas kewafatan Rasulullah.
Pada masa pemerintahan 'Umar ibn al-Khattab (r.a.) dengan kekuatan tentera yang dimiliki, wilayah Islam mula berkembang ke Syria dan Mesir dan berjaya menundukkan pemerintahan Romawi di timur dan menghancurkan pemerintahan Farsi di Iraq. Pada masa pemerintah 'Uthman ibn al-'Affan (r.a.) pula kerajaan Islam terus berkembang luas sehingga ke Afrika di bahagian barat dan Turkistan di Timur. Antara usaha penting 'Uthman ibn 'Affan ialah pembukuan al-Qur'an menjadi sebuah mashaf yang lengkap. Pada masa pemerintahan 'Ali ibn Abi Talib(k.w.), ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.

Zaman Bani Umaiyyah
Khalifah-khalifah kerajaan Bani Umayyah meletakkan al-Qur'an, al-Sunnah danal-Ijma' sebagai sumber perundangan negara, dan bentuk organisasai negara seperti politik, pentadbiran dan kewangan dikekalkan seperti pada zaman Nabidan Sahabat, tetapi ia diperluas dan diubah suai sesuai dengan pertambahan penduduk dan keluasan daerah Islam pada ketika itu. Pusat pemerintahan kerajaanBani Umayyah adalah di Damsyik (Syam) atau dikenali sebagai Syria sekarang.Di Syam kegiatan ilmu pengetahuan sangat digalakkan. Pada masa itulah ilmu-ilmu al-Qur'an dan al-Hadis seperti 'ulum al-Qur'an dan mustalah Hadith mula dikembangkan, begitu juga ilmu-ilmu sains seperti perubatan dan sebagainya. Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol yang dipimpin oleh 'Abdul al-Rahman al-Dakhil memisahkan diri dari pusat pemerintahan Islam di timur, dengan mendirikan kerajaan Islam di Andalusia, iaitu di Benua Eropah. Pusat pemerintahannya adalah di Cordova.
Zaman Bani Abbasiyah
Pada zaman ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik begitu meluas dan gemilang. Kerajaan Bani Abbassiyah pada waktu itu berpusat di Baghdad. Dalam bidang kebudayaan, kegiatan seni seperti puisi, binaan dan ukiran berkembang pesat. Perkahwinan campur telah melahirkan cantuman kebudayaan Farsi, Hindu, Arab, dan Greek. Dari sudut keilmuan, pada zaman pemerintahanKerajaan Bani Abbassiyah berlaku penubuhan Bayt al-Hikmah dan gerakan terjemahan yang diberi perhatian serius yang telah membantu perkembangan dunia keilmuan. Masjid dijadikan sebagai pusat segala kegiatan ilmu. Perkembangan dalam bidang ekonomi juga dapat dilihat dengan peranan yang dimainkan oleh Bayt al-Mal. Fungsinya menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan negara. Ini dapat diselenggarakan dengan berkesan. Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan juga berkembang pesat.Dari segi politik, kelahiran fahaman politik mula wujud. Kerajaan juga mampu menyediakan angkatan perang yang mantap untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam. Ketika ini juga organisasi kehakiman menjadi satu organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan yang besar.
Zaman Moghul dan Uthmaniah
Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku, tetapi kerancakannya semakin menurun akibat daripada penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk melumpuhkan Islam. Pada ketika itu budaya ilmu mula bertukar menjadi budaya politik. Pada abad ke-13 Masehi kerajaan Islam Moghul telah diserang dan dimusnahkan. Ini mengakibatkan banyak khazanah Islam musnah dan dipindahkan ke dunia Barat. Pada masa yang sama juga Eropah mula membina tamadun mereka. Kerajaan Moghul berpusat di Asia Tengah dan kemudian di India, manakala kerajaan Uthmaniah mula-mula bertapak di Asia Kecil, kemudian bertapak kuat di Istanbul. Pengaruh Tamadun Islam yang Membawa kepada Renaissans di Eropah. Perkataan renaissans berasal daripada bahasa Perancis, yang bermaksud kelahiran semula (rebirth). Istilah ini merujuk kepada zaman perkembangan tamadun Barat semasa zaman perubahan (transition) dari zaman kegelapan (medieval) ke zaman modennya. Pengaruh pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan ke-14 Masehi.

No comments:

Post a Comment