Sunday, March 25, 2012

Tamadun Islam Dalam Fasa Mencipta Tamadun Part (iii)


(iii) Perkembangan Bidang Pendidikan

Institusi pendidikan merupakan institusi social berperanan mengurus dan mentadbir pendidikan secara sistematik. Institusi Pendidikan Islam :

Masjid – untuk beribadat, berdakwah, dan pusat pembelajaran.  Contoh Masjid Jami’al Manshur dan Masjid Jami’ah Amru b’ Ash -  subjek fekah. al-Quran, Hadis dan bahasa Arab.

Madrasah – mengambil alih peranan masjid sebagai pusat pelajaran kerana berlaku pertambahan pelajar.  Contoh madrasah terawal didirikan oleh Nizam al-Muluk di Baghadad  dikenali sebagai Madrasah Nizhamiah.  Contoh imam yang mengajar ialah imam al-Ghazali, Baha al-Din, dan Salah al-Din.

Rumah ulama – rumah Arqam ibn Arqam digunakan pada zaman awal perkembangan Islam.  Rumah Nabi Muhamad SAW dan rumah ulama seperti Ibnu Sina dan iman al-Ghazali digunakan untuk pembelajaran.

Istana – pada zaman khalifah Muawiyah digunakan untuk pembelajaran syair Islam.  Dikenali sebagai Shalunatul Adabiah.  Zaman Abbasiyah tempat tersebut digunakan sebagai tempat pertemuan para ulama.

Perpustakaan – didirikan pada zaman Abbasiyah.  Terdapat 20 perpustakaan di Spanyol yang terkenal antaranya perpustakaan Cordova yang memiliki 600,000 jilid buku pada abad ke-10.  Perpustakaan Darul Hikmah di Kaherah dan perpustakaan Tripoli yang berperanan meminjam buku, penerbitan, penulisan,penterjemahan, dan pendidikan karya ilmiah.

Sekolah – berperanan menjalankan peyelidikan dan penemuan sains.  Ahli akademik meluaskan pembelajaran ilmu silam yang diwarisi tamadun Yunani.

Universiti – contoh Nizamiah, Munstansiriah, al-Azhar, Rasyidiah, dan al- Zaitouna menyebarkan ilmu pengetahuan. Di Spanyol Universiti Cordova, Servilla, Madaga, dan Granada menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari seluruh Eropah.

Kewujudan pelbagai institusi pendidikan menunjukkan tamadun Islam memberikan sumbangan besar dalam pendidikan. Institusi ini berjaya melahirkan ramai cendikiawan dan memainkan peranan dalam perkembangan ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment