Wednesday, March 28, 2012

JIHAD DARI KONTEKS SIRAH

Dari konteks sirah, kita melihat Jihad yang dilaksanakan  oleh Rasulullah s.a.w. pula  adalah setelah diizinkan oleh Allah S.W.T. kerana orang Islam telah dizalimi, dan dimusuhi oleh orang kafir kerana mereka mengesakan Allah. Malahan mereka dizalimi dengan cara harta benda dan tanah tumpah darah mereka dirampas. Ketika itu baginda diizinkan Allah S.W.T. untuk berjihad demi mempertahankan diri dan maruah baginda dan para sahabatnya di samping menjaga keutuhan agama Islam itu sendiri.

Dalil al-Quran surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud,

“Kamu diwajibkan berperang untuk menentang pencerobohan sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu”
Selain itu terdapat beberapa dalil pensyariatan jihad sama ada melalui sunah mahupun al-Quran.
Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti dalam surah at-Taubah ayat 88,

“Tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga berjaya.”

Selain itu dalam surah Ali Imran ayat 195, Allah SWT berfirman bermaksud,

“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka dengan firman-Nya: Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, kerana setengah kamu adalah keturunan dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah kerana menyelamatkan agamanya, dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, yang disakiti dengan berbagai-bagai gangguan kerana menjalankan agama-Ku, berperang mempertahankan Islam, dan yang terbunuh gugur Syahid dalam perang Salib- sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya bagi mereka yang beramal soleh.”

Dalam hal lain juga, Allah memerintahkan umat Islam mempertahankan diri daripada serangan pihak musuh. Firman Allah SWT surah al-Anfal ayat 60 bermaksud,

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka iaitu musuh yang menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”. 
 
 
 

No comments:

Post a Comment